Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 28 February 2011

stress...how to manage??

dalam hidup x kira la bebudak ka, remaja, dewasa, orang tua, student, orng kerja, dalam rumah tangga or orang yang bercouple mesti melalui benda yang sama iaitu tekanan or dalam bahasa inggerisnya stress.. setau aku la stress ni ada yang sikit, ada jgk yang banyak.. yang banyak ni rasanya bleh bawak kepada gila terus... haha...mintak simpang la dari kita semua... dan sekarang aku nak kongsikan bagaimana untuk menangani stress cara ISLAM.. baca dan nilaikannya..

Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. ada jugak yang stress dengan study, assaingment bertimbun-timbun. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.
Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.
Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.
Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?
Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress daripada Dr. Danial ini.
1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.
Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.
Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”
Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.
2. Berzikir dan beribadah lah dengan khusyuk
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.
Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)
Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”
Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.
Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).
Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.
4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)
Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.
Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.
5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.
Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

dah abis baca??? korang nilai2kan la sendiri... banyak benda dalam hidup kita ni yang selalu datang kita langsung tak pernah jangka.. so.. hadapi dengan senyuman

p/s-sebenaqnya aku tengah stress ngan study nih..bila aku aku cari tgk camna nk ilangkan stress tetiba ja aku nk kongsikan ngan sahabat2 blog aku... hehe.. bak kata omputih.. "sharing is caring".. haha.. selamat beramal...



Sunday 27 February 2011

jepun punya cerita...

video klip lagu ni diambil dari filem jepun yang bertajuk crow zero 2... mengisahkan bagaimana seorang budak yang bernama genji takiya yang ingin mengambil alih organisasi yakuza ayahnya hideo takiya... tetapi ayahnya mencabar genji untuk menguasai 1 sekolah budak-budak jahat di jepun yang bernama suzuran dimana tiada siapa yang pernah menguasai sekolah itu termasuk ayah genji sendiri pada masa zaman sekolah ayah dia... walaupun diklasifikasi kan sebagai filem ganas (18sg) tetapi terdapat beberapa nilai kemanusiaan, persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan dan rasa hormat kepada musuh yang menyebabkan filem ini begitu sesuai ditonton oleh remaja untuk belajar tentang kesusahan untuk memulakan sesuatu itu adalah yang terbaik dalam hidup daripada mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain :)

lyric-
Kowarete shimaunara boku dakede ii
Yogorete shimaunara ima dakede ii

Nakitakute nakitakute tama ranai

Karamitsuku nukumori wo
Boku ha mada suteru kotoga dekinai

Uso demo ii kara shinjite kure
Sukoshi demo ii kara sobaniite Kure

Sakebi takute Sakebi takute tamaranai

Kono ude ga tsukamuno ha
Kimi dakede ii goto wo
Yatsu rani ha waakaranai
Subete ha mou "ushina wa" retakoto wo

Toochi raitaa wo keshite
Neburu you ni "hai tameni"
Nani ga mieru ?

Tomaranai shoudouto
Ura hara ni doukenai
Karamitsuku nukumori wo
Boku ha mada suteru kotoga dekinai

Akete uku asa no naka de...




the meaning-

If I could just have broken 
Now if I only get dirty

Like crying like crying dying


The warmth twines 

I still can not be discarded

Believe me I wish I could lie

I wish I could stay with me a little

Dying to scream out loud to scream out loud


This arm will grab 
The only thing you do 
They do not know the 
All other things were lost


Turn off the torch lighter 
To sleep with eyes open 
What do you see?


The urge to stop 
Contrary to move 
The warmth twines 
I still can not be discarded
In the morning dawn Yuku



p/s=aku akan tengok cerita ni bila aku down... sebab banyak pengajaran terbaik ada dalam nih...but the past is the great teacher for us..

i have my own advantage..

bila tengok 1 note dalam facebook yang pemiliknya ialah Eiichiro oda.. aku macam tertarik ja untuk share ngan orang yang selalu mengunjungi blog ni... please read it carefully.. hehehe

Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.
            Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang. Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.
            Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia member komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.
            Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘ six pack’, ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan bentuk tubuh lelaki. Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping & berotot.
            Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada otot yang kuat & perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.
            Diedrichs menunjukkan contoh iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600 golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi, faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa yang dibawakan oleh model tersebut.
            “Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata  Diedrichs, seperti diperoleh dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual’.
p/s-aku post benda ni pasai aku ni memang gemuk.. so..untuk brader2 gemuk yang ada lani... we have our an advantage .. so dont worry.. hehehe..

aku dan ragbi

tepat jam 5 petang tadi aku ngan kawan2 aku dah start main ragbi.. fuhhh.. turun2 ja kena training fitness trus... mana nak ligan geng2 yang dah training 2 bulan.. aku paling banyak buat salah.. hahaha... pasing bola x tengok orang langsung... lagi satu training td depa main ragbi sentuh ja.. aku terus p randuk main rempuh.. tak ke gila tu..
tapi first experience aku try benda baru dalam hidup... lepas abis ja training aku rasa puas terus..  hahaha..
lepas ni kumpul fitness.. main untuk kuin.. try untuk menang liga kedah... hehehe
p/s-try something new in your life... you can feel better... haha..

Saturday 26 February 2011

lagu.. hmmmm....

tentang lagu  nih...
hmmmmm.... bla aku mula sukakan seseorang nih..  aku akan syg dia sungguh2... tp aku x tau nk tunjukkan sayang aku kt dia... smpai last skali aku dpt tau dia dh ada orang lain... aku jadi gelong.. ari2 aku try lupakan dia.. hahaha... ari2 aku layan lagu nih n tiap2 ari aku hayati lirik nih... rasa cam ringan ja.... heh... sound stupid right??? manusia punya banyak cara untuk melupakan sesuatu... but cara yang terbaik untuk untuk lupakan segala masalah ialah dengan  mengingati ALLAH kerana ALLAH tak pernah lupakan kita
p/s-renung2kan...

Friday 25 February 2011

sungai lui


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini
p/s=sepatutnya aku dah start menulis di ruangan sebelah... tp disebabkan terlalu sebok...  hehehe...

jom coba..

Ya Allahu Ya Lathif..
Wahai tuhan yang Maha Lembut,
Lembutkanlah hatiku seperti mana Engkau lembutkan hati pada kekasihMu,
Lembutkanlah hati ini untuk sentiasa ingat padaMu,
Untuk sentiasa bermunajat padaMu,
Sepertimana kelaziman para kekasihMu.

Ya Lathif...
Aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Lathif...
Wahai yang Maha Lembut,
Berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti,
Aku bermohon dengan sifat Maha LembutMu,
Agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku.

Aminnn............
p/s- always must remember ALLAH.... because ALLAH create us.... INSYAALLAH aku akan post selawat cam ni lagi..

Monday 21 February 2011

1 permulaan...

HIDUP... hmmm. terlalu banyak suka duka yang perlu dilalui dalam hidup kita yang bergelar INSAN ini... dan selama aku hidup ini pun selama lebih 20 tahun dah terlalu banyak caci maki, sepak terajang, tikam belakang dan ada juga yg hanya sekadar memandang sinis terhadap aku..... tapi aku tak pedulikan itu semua... yang aku ingin kongsikan disini adalah tentang 1 erti kehidupan.. there no easy way you can get only if you really want it.... biarpun pedih jalan yang kita mahu tempuhi tetapi kalau jalan itu baik untuk kita rasanya tak salah untuk kita terus berjalan untuk menuju ke tempat itu. so... always think positive in our life because we are not alone