Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 20 March 2011

Coretan program skuad bba 10/11 dari lensa hati aku

Program bersama penghuni Baitul Mahhabbah Al-Hashimi yang baru berakhir pada 19 haribulan 3 tahun 2011 memberi aku banyak gambaran tentang kehidupan. Post-post yang aku yang sebelum ini  aku telah cerita Biatul Mahbbah Al-Hasyimi ni  ialah merupakan sebuah rumah anak-anak yatim, tapi sebenarnya ia bukan hanya menempatkan anak-anak yatim sahaja tetapi ada juga kanak-kanak yang datang dari keluarga yang susah yang tak mampu ditanggung oleh keluarga, dan juga ada remaja-remaja yang pernah tersasar dari kehidupan dan ingin kembali ke jalan yang benar tinggal di rumah tersebut. Aku memang respect dengan orang yang membina Baitul Mahhabbah ni sebab mereka sanggup untuk menjaga setiap penghuni rumah itu. Semasa program aku sempat berbual dengan orang kuat Baitul Mahabbah Al-Hashimi  aku just panggil dia abah sebab dia selesa dengan panggilan tu. Aku dapat tahu sedikit tentang kenapa abah dan isterinya membina rumah ini. Dan sampai sekarang aku teringat kata-kata abah dalam perbualan kami “ Allah dah janji dengan kita, jika kita sanggup menjaga anak orang, maka Allah akan jaga anak kita” dan memang anak abah dah Berjaya sekarang dalam menyambung pengajian bahasa  di Makkah Al-Mukarramah. Dan banyak lagi yang kami bualkan termasuklah tentang beberapa orang penghuni, kehidupan abah, isu-isu semasa dan juga tentang orang-orang yang banyak membantu dia. Aku betul-betul kagum dengan falsafah kehidupan abah ni dan aku harap aku boleh menjadi seperti dia.
Waktu pembahagian adik angkat pada pagi tu yang berlangsung lebih kurang pada pukul 10 lebih. Aku telah mendapat seorang adik angkat yang bernama hubassyir. Besaq budak tu, aku sangka umur dia 12-13 dan pada mulanya aku buat tak kisah sangat sebab dia memang malu nak duduk sembang dengan aku n aku pun buat la kerja aku.  Yang aku kesian sekali kawan baik aku osman, umur 23 tapi dapat adik umur 20. Uishh. Mudah sungguh sahabat-sahabat aku yang buat program ni susun adik angkat  dengan abang angkat. Yang umur lebih kurang 27 lebih ada la 2-3 orang diberi adik-adik yang umur 9-12 tahun. (Tu dah boleh buat anak dah tu, bukan adik). Tapi tak pa la, . bukan masalah aku pun dan aku malas nak campur hal sahabat-sahabat aku yang buat program ni, depa buat aku ikuuut ja (kalau bunyi banyak nanti depa suruh aku takeover program tu pulak , naya ja… hehehe..). Just aku kesian kat kawan aku ni pasai jarak umur yang terlalu sedikit memberi kekangan komunikasi antara dia dan “adik angkat” dia. Dan dia pun luahkan benda yang sama kepada aku. Nasib baik ada kawan aku yang lain mai bagi nasihat ikut ja apa yang dah dibagi. So, kami terima ja ketentuan yang dah diberi.
Tentang adik angkat aku hubassyir,  aku try curi-curi masa untuk bersembang dengan dia tapi dia ni agak malu dengan aku tapi dia boleh jugak menjawab beberapa pertanyaan aku, dari segi ketinggian dan muka dia tu aku tak sangka yang dia dah berumur 15 tahun. Terkejut jugak aku(sebab hadiah yang aku beli tu bajet umur dalam lingkungan 11 tahun.  Bagi ja la, Janji ada). Menurut dari cerita abah tentang hubassyir ni, dia berasal dari jitra dan ayah dia mengalami sakit teruk dan dah lama telantar dirumah. Bila dah habis kerja baru aku berpeluang untuk mengenali dia, Menurut hubassyir pula mak dia hanya membuat sos dan chili boh dirumahnya untuk dijual bagi mencari sedikit rezeki. Hubassyir juga pernah mengalami sakit yang dianggap serius oleh pihak hospital iaitu tekanan darah yang tinggi diusia dia yang sangat muda iaitu masa dia berumur dalam lingkungan 13-14 tahun dan setiap bulan wajib untuk dia pergi ke hospital. Walaupun sekarang ni tekanan darahnya sudah kembali normal tapi doktor pula mengesahkan yang buah pinggang hubassyir bocor. Kawan aku sham kata buah pinggang dia masih boleh baik sebab tak kritikal sangat kalau buah pinggang berlubang. Kata-kata sham tu agak membuatkan aku boleh bertenang sikit, sebab mula-mula memang aku risau dengan apa yang diceritakan oleh hubassyir.
 Tapi yang buat aku suka dengan hubassyir ni sebab abah cerita kat aku yang dia ni suka gelak dan gelak dia memang susah nak berhenti, dah la susah nak berhenti, kuat pulak dia gelak. Gelaran dia dekat pusat jagaan tu ialah bulat, sesuai dengan badan dia dan juga posisi dia sebagai tukang masak kat sana. Kecik-kecik dah pandai masak lepas tu masak kat orang lain pulak tu. Aku Tanya dia awat tak dok dekat dengan mak pasai yang aku tau pusat Baitul Mahabbah ni ada jugak dekat jitra dan adik kepada hubassyir ada yang duduk dekat sana,   dia jawab “nak berdikari..” memang aku respect dia. Tapi ada jugak anak yatim yang sempat aku kenai dekat sana. Nama dia zuhdi kalau tak silap aku.  Berasal dari jitra. Dia jadi pendiam lepas kematian ayah dia. Dari cerita kawan-kawan dia, depa kata dia macam trauma lepas kematian ayah dia. Kawan aku yang dapat dia sebagai adik angkat sampai tak tau nak tanya apa sebab dia hanya senyum dan jawab tak tau ja. Menurut hubassyir dan kawan dia yang lain zuhdi just sembang dengan orang yang dia biasa jumpa ja, tu pun tak banyak, tambah la dengan orang yang asing bagi dia. Kawan aku bagitau zuhdi just jawab tak tau ja, Tanya pi la benda apa pon. Aku dengan sorang kawan muslimat try sembang ngan dia tapi dia boleh jawab sikit ja tu pon rumah dia kt jitra. Dalam hati aku hanya berdoa meminta Allah melindungi dan merahmati kehidupan hubassyir,  zuhdi dan juga penghuni Baitul Mahabbah ni dan kuatkan hati aku seperti hati mereka dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini.
Tentang mutawali, ada pembetulan sikit, dia ni bukan anak yatim seperti yang aku cerita dalam post-post aku yang lepas(sebelum ni tak pernah nak p tengok, jadi tak tau la cerita sebenar). Aku sempat berjumpa dengan mak dia dan bersembang. Mak dia sangka tak ada orang lain dah yang nama mutawali, dengan relex ja member muslimat aku sebut nama aku mutawalli (Kes tu yang boleh sembang lama sikit dengan mak dia tu). Comel tapi banyak akal. Biasa la, baru umur 9 tahun. Menurut mak kepada mutawali ni depa ada 9 orang adik beradik, yang sulung dah 19 tahun dan yang paling kecik sekali tak sampai setahun lagi kot. Adik beradik mutawali dekat Baitul Mahabbah tu ada 4 orang termasuk dia. Menurut Hubassyir jugak ayah mutawali berniaga roti canai di pekan berhampiran. Mungkin cara pendidikan yang diterapkan di Baitul Mahabbah ni yang menyebabkan keluarga mutawali ni menghantar mereka tinggal dan belajar disini.
Dalam program ni juga aku berpeluang menegur orang yang dah lama aku tak tegur. Aku anggap ni ja kesempatan yang ada untuk dapat bersembang dan menolong dia dan aku dah try buat yang terbaik. Cuma yang tak keluar dari mulut aku adalah perkataan mintak maaf sebab pernah buatkan dia terasa hati dengan aku.  Entah bila lagi la boleh bersembang dengan dia. Dan aku  betul-betul berharap dia dapat maafkan segala kesalahan aku dekat dia dulu.  
Macam-macam lagi cerita masa program dan  tentang penghuni Baitul Mahabbah Al-Hashimi ni yang aku tak tau tapi mereka ni adalah golongan yang aku anggap terlalu istimewa dalam hidup aku. Mereka datang dari pelbagai tempat, pelbagai peringkat dan membawa pelbagai cerita yang berlainan, kemudian hidup dibawah 1 bumbung yang mengambil berat tentang kebajikan mereka. Alhamdulillah masih ada yang sudi menjaga mereka. Semoga dikekalkan dan dikembangkan pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi ini

p/s-kalau kita berada dalam kesusahan, kita perlu ingat ada lagi yang lebih susah  dari kita. Kita perlu sedar dengan kesenangan yang kita miliki ni belum tentu membahagiakan kita, dan yang penting dalam hidup ini ialah isikan hati kita dengan iman dan takwa kepada Allah sepenuh-penuhnya kerana Allah adalah segala-galanya untuk kita. 

Friday 18 March 2011

sahabat...

aku post kali ni sebab nak menerangkan keadaan yang sebenar sebab apa aku post demi MUTAWALI...
sebab aku rasa ada la orang yang terasa dengan post aku yang lepas... tak terniat atau terlintas dihati aku untuk mengondem sesiapa dalam post aku tu... tapi kita sebagai manusia yang telah dianugerahkan hati dan perasaan oleh Tuhan tetap akan terasa apabila dikaitkan dengan sesuatu walaupun dibibir kita ni masih mengukir senyuman dan berkata seperti tiada apa yang berlaku... 
bagi aku sebenarnya perkara ini tak kan ada masalah jika ianya dibincangkan terlebih dahulu... tapa dalam post aku yang lepas aku cuba menunjukkan rasa hormat kepada sahabat seperjuangan aku.. cuma aku hanya ingin menegur sedikit sahaja tentang janji yang orang lain rasa kecik tetapi bagi aku ianya terlalu besar... 
mungkin cara aku ni salah... mungkin dengan menjaja cerita basi kepada orang lain untuk meraih simpati yang menyebabkan sahabat2 aku terasa dengan aku tetapi itu bukan point sebenar aku...aku cuma ceritakan tentang pengalaman dan cuba berkongsi perasaan dengan orang lain sebab dalam seminggu tu aku dapat rasa perubahan dalam hidup aku hanya kerana seorang anak yatim... tapi dengan niat yang ikhlas... aku tegur sahabat2 aku tu kerana aku sangat sayangkan mereka... sebab aku percaya dalam hidup kita ni bukan sekali kita berurusan dengan orang... just nak sahabat2 aku sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, pertuturan dan percaturan yang mereka buat... kerana kadang-kadang kerana perkara yang kecil yang selalu disalah erti akan menjadi masalah besar dalam hidup kita.. tambah pulak dok simpan dalam hati... boleh rosak hidup... serius aku pernah rasa semua ni...
so aku harap dengan post aku nih sahabat2 aku boleh faham perasaan aku...
p/s-dengan akal dan perasaan yang dianugerahkan kepada kita sebagai manusia sepatutnya kita boleh menggunakannya dengan sebaik mungkin... semoga kita dilindungi dibawah naugan Yang Maha Esa kerana segala ketentuan hanya datang dariNYA....



Thursday 17 March 2011

demi MUTAWALI

Cerita MUTAWALI ni bermula daripada mesyuarat awal minggu lepas... tentang program ke rumah anak-anak yatim baitul mahabbah al-hashimi di kuala nerang... aku dah diberitahu tentang seorang budak yang nama dia sama ngan aku.. MUTAWALI.. umur dia baru 9 tahun... dan kawan-kawan aku yang pegi ke sana dah decide budak tu jadi adik angkat aku.. "KHAS" untuk aku... aku anggap ianya 1 penghargaan terbaik yang pernah aku dapat dari kawan-kawan aku...  dan dalam seminggu ni aku dah cuba sedaya upaya aku untuk kumpul duit demi seorang budak yang memang aku rasa istimewa dalam hidup aku... aku sanggup belajaq cara untuk mesin rumput untuk mengambil upah kt rumah orang (walaupun aku tak penah pegang mesin rumput)... tambah sekarang ni aku sebok dengan kelas dan ragbi.. aku sanggup buat keja mesin rumput tu tak kira masa.. tengah ari pon aku ngan kawan-kawan aku sanggup pegi buat keja mesin rumput tu.... walaupon malas, tapi demi MUTAWALI yang aku anggap istimewa dalam hidup aku ni.. hilang terus malas aku... aku betoi-betoi niat ngan usaha dan upah aku yang tak seberapa ni aku dapat beli hadiah yang bermakna untuk dia... sampai aku balik kenduri mak long aku baru ni adik beradik aku kata kat aku yang aku ni dah bertambah hitam(walaupon memang aku ni dah memang hitam.. hehehe)...maunya tak... pkoi 12-1 tghari matahari dok tepacak atas kepala bleh dok tgh padang mesin rumput, cakaq rumput... tapi aku tak cerita sebab sebenaq aku buat kerja mesin rumput kat family aku... sebab aku nak rasa kepuasan usaha dengan sendiri untuk aku merealisasikan niat aku sendiri.. dan aku try buat yang terbaik untuk melihat kegembiraan yang akan terpancar dekat wajah MUTAWALI... 
Aku anggap dia special sebab nama kami sama... MUTAWALI.. dan niat sebenar aku bila aku boleh bersama dengan dia ialah untuk mengajar dia tentang erti hidup... aku tak mau MUTAWALI ni melakukan kesilapan yang pernah aku buat dalam hidup aku dan aku harap dia akan hidup dengan lebih sempurna sebab dia masih boleh dibentuk...walaupun aku tak pernah tengok dia lagi.. tapi aku dah rasa dekat dengan dia... aku dah cerita kat family ngan kawan-kawan aku yang lain yang aku dah dapat adik angkat yang sama nama ngan aku... aku boleh rasa yang kehadiran MUTAWALI ni mampu mengubah hidup aku.... 
bila sampai malam perjumpaan dengan penasihat program semalam.. aku memang tambah semangat.. tapi bila aku tengok list adik angkat yang diedarkan pada perjumpaan tu agak mengecewakan... entah sebab apa dia ditukarkan jadi adik orang lain... tiba-tiba ja mood aku jadi hilang... dan bila diumumkan senarai nama adik angkat tu.. kawan-kawan aku yang tau kata dia akan jadi adik angkat aku tanya aku kenapa boleh bertukaq pulak... Ya Allah... rasa macam tebai pulak muka aku... semangat yang dah aku pack dalam 2 minggu ni dah jadi  pecah terburai... tapi bila kenangkan kawan-kawan aku yang uruskan semuanya dan bersusah payah selama dua minggu untuk program nih dan aku rasa macam menyesal sebab tertinggikan suara aku dekat seorang nih... dan bila aku boleh luahkan rasa aku ni kat seorang yang aku anggap kawan terbaik aku... aku mula boleh terima dengan keadaan yang berlaku ni... bukannya aku tak boleh jumpa mutawali tu... tapi jauh sikit la... pasai tak jadi adik angkat aku... heh... walaupun agak sedih dengan macam-macam hal... aku tetap akan support program anak-anak yatim nih...

p/s- when we promise to any person, especially our friend,
       we must fulfill our promise.
       Not easy to for us to satisfy other person for what we did,
       but we must take care of their heart and do our best....

Monday 7 March 2011

aku, skuad bba 10/11 KUIN dan program anak2 yatim

dah lama aku x post apa2 dalam blog nih... terlalu sebok.. cerita aku kt page sebelah pon x leh nak update...
minggu ni tetiba ja geng skuad bba 10/11 KUIN buat mesyuarat tentang 1 program   lawatan ke pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi iaitu rumah anak2 yatim yang bertempat di kuala nerang yang diasaskan oleh ummi dan abah(nnt aku update nama sebenar)... aku tak pernah p lagi tempat tu.. tapi dari gambaran yang kawan2 aku bagi.. pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi ni adalah rumah jagaan anak-anak yatim dan juga untuk anak-anak orang susah... penghuni pusat jagaan ni dianggarkan dalam 70 orang.. pusat jagaan ini baru sangat ditubuhkan iaitu pada taun 2010..maknanya baru sangat la.. dari cerita kawan2 aku lagi.. pusat jagaan ini agak kurang dari segi infrastruktur binaan, sumber air yang tidak begitu diyakini kebersihannya, sumber rujukan dan buku yang terhad dan sumber kewangan yang terhad.. tetiba hati aku tersentuh bila mengenangkan nasib anak2 yatim kat sana... pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi ni jgk telah membuat 1 inisiatif menanam pokok cabai melaka dengan kaedah fertigasi untuk menyara anak2 yatim tersebut dimana anak2 yatim tu sendiri yang uruskan pokok2 cabai tu... bagi aku pusat jagaan ni memang mengajaq anak2 yatim kt sana untuk hidup berdikari walaupun dalam suasana yang serba kekurangan... bukan senang nak uruskan anak2 yatim yang ramai nih... memang aku respect la dekat pengasas pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi nih... yang special lg dan buat aku rasa nak p sana pada 19 aribulan 3 ni disebabkan seorang anak yatim... nama dia sama dengan aku.. mutawalli... dan kawan2 aku yang dah p sana decide untuk memilih budak tu menjadi adik angkat aku... fuhhh... tak pernah aku sangka yang aku akan jumpa orang yang sama nama dengan aku lepas tu aku diberi tanggungjawab untuk jaga dia... aku anggap semua ni ketentuan Allah untuk aku merasa dan berkongsi tentang sebuah kehidupan seorang anak yatim.. dan aku mula teringat tentang kehidupan awal junjungan besar Rasullullah kita dimana Rasullullah juga adalah anak yatim piatu. Baginda telah kehilangan Ayahnya ketika Baginda masih dalam kandungan ibunya dan pada usia 6 tahun pula ibu Baginda pula meninggal dunia...dan Rasullullah juga sangat sayangkan anak2 yatim... dan sabda Baginda Rasullullah S.A.W "barangsiapa mengusap kepala anak yatim hanya kerana Allah, baginya dalam setiap (helaian) rambut yang dilalui tangannya terdapat (dikira) kebajikan baginya".. begitu mulia kedudukan anak2 yatim disisi Allah... jadi untuk sahabat2 yang membaca post ni diharap memberi sokongan kepada program yang akan dijalankan oleh skuad bba 10/11 KUIN dengan memberi sumbangan sama ada dari segi kewangan dan tenaga dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana Allah...

p/s-aku rasa sangat2 bersyukur bila Allah anugerahkan aku dengan keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang aku... dan aku akan berusaha untuk membantu semampu mungkin dalam program ni.. semoga Allah merahmati dan permudahkan kerja yang sahabat2 aku rancangkan ni... ameen....
sila klik pada link ini untuk mengetahui dan melihat gambar tentang pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi
http://www.facebook.com/notes/syafique-moses/latar-belakang-program-lawatan-ke-rumah-anak-yatim/133253346745242

Wednesday 2 March 2011

non-stop!!!

ari ni dengan rasa berat hati aku bangun dari tidur untk ke kelas.. sebab??? pukoi 8 pagi mid-term law...hehe.. x lah terok sngat aku jawab.. ntah lepas ka tak itu aku x tau lah.. usaha dah usaha.. sekarang ni tinggal nk tawakkal je la.. no ne no ne... dah abis mid-term aku... koi 10... pegi pulak kt pejabat pendaftar pasai nak tanya sapa drebar yang bawak kami p paya pahlawan 3 aribulan... dua tiga ari dah dok tnya... mula2 nak bagi nama drebar... tup2 relax ja cik liyana yang keja kat pendaftar tu cakap " owh.. kami x bleh bgtau nama drebar tu pasai tu personal.. takpa2.. sok drebar bas tu akan call kamu, kalau dia x call kamu cari saya"... alamak!!!.. apa salah bgtau terus.... x payah nk susah tunggu... kami boleh uruskan... tp dia kata dah law keja depa kena wat cam tu aku nak buat camna dah.. tunggu je la esok... dalam koi 11.30 plak ada kelas lagi...masok ja.. kepala dok pkiaq macam2.. boleh la dapat sikit2.. bak kata ustaz aku "kalau x boleh akar, rotan pun jadi lah".. balik pada kelas dalam pukoi 1.. stendet la orang bujang macam aku.. makan nasik bungkus...  lps makan.. semayang dlu apa yang patut, terus masok meeting ragbi, ni suma pasai tournament ari sabtu nih... bla..bla..bla... smpai pkoi 4.. member aku talipon pulak mintak tolong basuh bekas meniaga dia... tak kisah jgk.. aku p tolong...siap abis semua basuh barang2 dia... terus aku balik.. semayang asar... lps tu siap2 terus p training rugbi.. sampai la dekat maghrib... time ni memang dah nak out da.. tapi membayangkan member aku sorang ja yang bukak stall oblong sensorang ditemani pekerja parttime tanpa gaji.... aku balik terus dari training.. mandi sket.. semayang maghrib terus... and than terus p tolong member aku jual oblong burger.. jual punya jual punya jual.... sampai la koi 11.30 p.m...  kes lambat pasai dok menunggu pembantu boss smpai koi 12.00 a.m (malam ni dia ada program parents day with Abdullah Khairi.. ajk pulak kot atas... kes tu yang lambat tu..).. nasib ada bihun goreng lebih yang program td.. dan aku p melantak sat... balik rumah dalam koi 12.30 a.m dah.. sampai2 tu terus aku semayang isya' dengan basuh baju untuk program esok... dalam pukoi 1 stngah a.m waktu antara bangsa baru nak siap... lps tu baru la aku bleh mengadap laptop ni and publish this post.... hehehe... 1 ari non-stop.. tapi ari ni ja la... tiap-tiap ari kalu... boleh sakit jiwa kot.. hahhahaha

p/s-kalau boleh buat banyak keja n mampu menghabiskan keja tu, buat la... tapi nasihat aku kalau boleh cari masa untuk rehat.. badan kita ni bukan robot nak paksa2 buat kerja street ja... take your time for yourself to get some rest and relax.... time keja tu keja ja... jgn time keja nk mengulaq pulak bak kata orang kedah.. time rest tu rest sungguh2... hehehe..

Tuesday 1 March 2011

makan??? bagaimana???

menurut junjugan besar kita Rasulullah SAW terdapat pelbagai cara dan adab ketika makan. hanya kita ja yang selalu MAKAN cara kita termasuk la si empunya blog nih. now jum kita amalkan cara permakanan yang sihat menurut ISLAM.


Rasulullah SAW melarang kita mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan.

1. SUSU DENGAN IKAN..better use santan
2. CUKA NGAN SUSU
3. BUAH-BUAHAN NGAN SUSU..forget those fruity yoghurts!
4. IKAN NGAN DAUN SALAD
5. BAWANG PUTIH NGAN BAWANG MERAH......jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh..bawang besar jika makan continuously for 40 days boleh menyebabkan bintik2 hitam di muka....
6. DAGING SEGAR NGAN DAGING KERING..or fresh fish and dried/salted fish
7. BENDA MASAM eg lemon NGAN BENDA BERASID SEPERTI CUKA
8. BUAH DELIMA NGAN SERUNDING
9. CUKA NGAN NASI
10. TELUR NGAN IKAN

Semua ni kalau diamalkan selalu akan menambah risiko penyakit lumpuh/stroke.

Untuk mengembalikan tenaga, tidur sebentar sebelum zohor.

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT ( don't do this!!!)
1. Mandi air suam lepas makan kerana ini adalah lebih bahaya drpd perkara2 di atas
2. Senaman sebelum makan
3 Bersenam atau berjalan lepas makan tengahari..jarakkan at least 1/2 an hour
4. Makan buah lepas makan kerana akan menyebabkan makanan lambat dihadam
5. Meninggalkan makan malam..sabda Rasulullah SAW..untuk awet muda makanlah walaupun sebiji tamar
6. Jangan duduk relax lepas dinner..kena bergerak at least 100 steps
7. Tidur selepas kenyang kerana akan menyebabkan sembelit.

CARA MAKAN RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW apabila makan akan menggaul makanannya dan meninggalkannya sebentar. Baginda kemudian mencelup jari kelingkingnya dalam garam serta menghisapnya sebelum dan selepas menjamah makanan. Kenapa garam? Selain dari sumber minerals, garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir serta gangguan makhluk halus.
Rasulullah mengunyah makanan baginda sebanyak 40kali sebelum menelannya.

CARA MINUM
Jangan minum berdiri walaupun perbuatan tu makruh kerana ia makruh yang menghampiri haram.

Juga dilarang minum dari bekas yang besar sambil bernafas kedalamnya kerana nafas kita CO2 bercampur air H2O akan menukarkan sifat air kepada H2CO3..dan menyebabkannya acidic(mungkin ketidak seimbangan pH, klu rajin cari le maksudnya ye...).

Atas sebab yang sama juga dilarang meniup minuman yang panas.

Cara yang di sarankan oleh Rasulullah ialah minum air seteguk-teguk dan bernafas. Begitulah lebih kurang amalan Rasulullah yang dapat aku kongsikan dalam blog aku.. hehehe... 


p/s-selalu aku melantak x hengat... orng tua2 pesan makan selagi boleh makan.. nnt x dk gigi x sedap dah... hahaha.. bila baca artikel nih.. rasa cam kurang pandai ja... apa-apa pon  hehehe

Monday 28 February 2011

stress...how to manage??

dalam hidup x kira la bebudak ka, remaja, dewasa, orang tua, student, orng kerja, dalam rumah tangga or orang yang bercouple mesti melalui benda yang sama iaitu tekanan or dalam bahasa inggerisnya stress.. setau aku la stress ni ada yang sikit, ada jgk yang banyak.. yang banyak ni rasanya bleh bawak kepada gila terus... haha...mintak simpang la dari kita semua... dan sekarang aku nak kongsikan bagaimana untuk menangani stress cara ISLAM.. baca dan nilaikannya..

Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. ada jugak yang stress dengan study, assaingment bertimbun-timbun. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.
Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.
Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan.
Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?
Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress daripada Dr. Danial ini.
1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.
Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.
Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”
Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.
2. Berzikir dan beribadah lah dengan khusyuk
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.
Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)
Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”
Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.
Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).
Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.
4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)
Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.
Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.
5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.
Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

dah abis baca??? korang nilai2kan la sendiri... banyak benda dalam hidup kita ni yang selalu datang kita langsung tak pernah jangka.. so.. hadapi dengan senyuman

p/s-sebenaqnya aku tengah stress ngan study nih..bila aku aku cari tgk camna nk ilangkan stress tetiba ja aku nk kongsikan ngan sahabat2 blog aku... hehe.. bak kata omputih.. "sharing is caring".. haha.. selamat beramal...