Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 20 March 2011

Coretan program skuad bba 10/11 dari lensa hati aku

Program bersama penghuni Baitul Mahhabbah Al-Hashimi yang baru berakhir pada 19 haribulan 3 tahun 2011 memberi aku banyak gambaran tentang kehidupan. Post-post yang aku yang sebelum ini  aku telah cerita Biatul Mahbbah Al-Hasyimi ni  ialah merupakan sebuah rumah anak-anak yatim, tapi sebenarnya ia bukan hanya menempatkan anak-anak yatim sahaja tetapi ada juga kanak-kanak yang datang dari keluarga yang susah yang tak mampu ditanggung oleh keluarga, dan juga ada remaja-remaja yang pernah tersasar dari kehidupan dan ingin kembali ke jalan yang benar tinggal di rumah tersebut. Aku memang respect dengan orang yang membina Baitul Mahhabbah ni sebab mereka sanggup untuk menjaga setiap penghuni rumah itu. Semasa program aku sempat berbual dengan orang kuat Baitul Mahabbah Al-Hashimi  aku just panggil dia abah sebab dia selesa dengan panggilan tu. Aku dapat tahu sedikit tentang kenapa abah dan isterinya membina rumah ini. Dan sampai sekarang aku teringat kata-kata abah dalam perbualan kami “ Allah dah janji dengan kita, jika kita sanggup menjaga anak orang, maka Allah akan jaga anak kita” dan memang anak abah dah Berjaya sekarang dalam menyambung pengajian bahasa  di Makkah Al-Mukarramah. Dan banyak lagi yang kami bualkan termasuklah tentang beberapa orang penghuni, kehidupan abah, isu-isu semasa dan juga tentang orang-orang yang banyak membantu dia. Aku betul-betul kagum dengan falsafah kehidupan abah ni dan aku harap aku boleh menjadi seperti dia.
Waktu pembahagian adik angkat pada pagi tu yang berlangsung lebih kurang pada pukul 10 lebih. Aku telah mendapat seorang adik angkat yang bernama hubassyir. Besaq budak tu, aku sangka umur dia 12-13 dan pada mulanya aku buat tak kisah sangat sebab dia memang malu nak duduk sembang dengan aku n aku pun buat la kerja aku.  Yang aku kesian sekali kawan baik aku osman, umur 23 tapi dapat adik umur 20. Uishh. Mudah sungguh sahabat-sahabat aku yang buat program ni susun adik angkat  dengan abang angkat. Yang umur lebih kurang 27 lebih ada la 2-3 orang diberi adik-adik yang umur 9-12 tahun. (Tu dah boleh buat anak dah tu, bukan adik). Tapi tak pa la, . bukan masalah aku pun dan aku malas nak campur hal sahabat-sahabat aku yang buat program ni, depa buat aku ikuuut ja (kalau bunyi banyak nanti depa suruh aku takeover program tu pulak , naya ja… hehehe..). Just aku kesian kat kawan aku ni pasai jarak umur yang terlalu sedikit memberi kekangan komunikasi antara dia dan “adik angkat” dia. Dan dia pun luahkan benda yang sama kepada aku. Nasib baik ada kawan aku yang lain mai bagi nasihat ikut ja apa yang dah dibagi. So, kami terima ja ketentuan yang dah diberi.
Tentang adik angkat aku hubassyir,  aku try curi-curi masa untuk bersembang dengan dia tapi dia ni agak malu dengan aku tapi dia boleh jugak menjawab beberapa pertanyaan aku, dari segi ketinggian dan muka dia tu aku tak sangka yang dia dah berumur 15 tahun. Terkejut jugak aku(sebab hadiah yang aku beli tu bajet umur dalam lingkungan 11 tahun.  Bagi ja la, Janji ada). Menurut dari cerita abah tentang hubassyir ni, dia berasal dari jitra dan ayah dia mengalami sakit teruk dan dah lama telantar dirumah. Bila dah habis kerja baru aku berpeluang untuk mengenali dia, Menurut hubassyir pula mak dia hanya membuat sos dan chili boh dirumahnya untuk dijual bagi mencari sedikit rezeki. Hubassyir juga pernah mengalami sakit yang dianggap serius oleh pihak hospital iaitu tekanan darah yang tinggi diusia dia yang sangat muda iaitu masa dia berumur dalam lingkungan 13-14 tahun dan setiap bulan wajib untuk dia pergi ke hospital. Walaupun sekarang ni tekanan darahnya sudah kembali normal tapi doktor pula mengesahkan yang buah pinggang hubassyir bocor. Kawan aku sham kata buah pinggang dia masih boleh baik sebab tak kritikal sangat kalau buah pinggang berlubang. Kata-kata sham tu agak membuatkan aku boleh bertenang sikit, sebab mula-mula memang aku risau dengan apa yang diceritakan oleh hubassyir.
 Tapi yang buat aku suka dengan hubassyir ni sebab abah cerita kat aku yang dia ni suka gelak dan gelak dia memang susah nak berhenti, dah la susah nak berhenti, kuat pulak dia gelak. Gelaran dia dekat pusat jagaan tu ialah bulat, sesuai dengan badan dia dan juga posisi dia sebagai tukang masak kat sana. Kecik-kecik dah pandai masak lepas tu masak kat orang lain pulak tu. Aku Tanya dia awat tak dok dekat dengan mak pasai yang aku tau pusat Baitul Mahabbah ni ada jugak dekat jitra dan adik kepada hubassyir ada yang duduk dekat sana,   dia jawab “nak berdikari..” memang aku respect dia. Tapi ada jugak anak yatim yang sempat aku kenai dekat sana. Nama dia zuhdi kalau tak silap aku.  Berasal dari jitra. Dia jadi pendiam lepas kematian ayah dia. Dari cerita kawan-kawan dia, depa kata dia macam trauma lepas kematian ayah dia. Kawan aku yang dapat dia sebagai adik angkat sampai tak tau nak tanya apa sebab dia hanya senyum dan jawab tak tau ja. Menurut hubassyir dan kawan dia yang lain zuhdi just sembang dengan orang yang dia biasa jumpa ja, tu pun tak banyak, tambah la dengan orang yang asing bagi dia. Kawan aku bagitau zuhdi just jawab tak tau ja, Tanya pi la benda apa pon. Aku dengan sorang kawan muslimat try sembang ngan dia tapi dia boleh jawab sikit ja tu pon rumah dia kt jitra. Dalam hati aku hanya berdoa meminta Allah melindungi dan merahmati kehidupan hubassyir,  zuhdi dan juga penghuni Baitul Mahabbah ni dan kuatkan hati aku seperti hati mereka dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini.
Tentang mutawali, ada pembetulan sikit, dia ni bukan anak yatim seperti yang aku cerita dalam post-post aku yang lepas(sebelum ni tak pernah nak p tengok, jadi tak tau la cerita sebenar). Aku sempat berjumpa dengan mak dia dan bersembang. Mak dia sangka tak ada orang lain dah yang nama mutawali, dengan relex ja member muslimat aku sebut nama aku mutawalli (Kes tu yang boleh sembang lama sikit dengan mak dia tu). Comel tapi banyak akal. Biasa la, baru umur 9 tahun. Menurut mak kepada mutawali ni depa ada 9 orang adik beradik, yang sulung dah 19 tahun dan yang paling kecik sekali tak sampai setahun lagi kot. Adik beradik mutawali dekat Baitul Mahabbah tu ada 4 orang termasuk dia. Menurut Hubassyir jugak ayah mutawali berniaga roti canai di pekan berhampiran. Mungkin cara pendidikan yang diterapkan di Baitul Mahabbah ni yang menyebabkan keluarga mutawali ni menghantar mereka tinggal dan belajar disini.
Dalam program ni juga aku berpeluang menegur orang yang dah lama aku tak tegur. Aku anggap ni ja kesempatan yang ada untuk dapat bersembang dan menolong dia dan aku dah try buat yang terbaik. Cuma yang tak keluar dari mulut aku adalah perkataan mintak maaf sebab pernah buatkan dia terasa hati dengan aku.  Entah bila lagi la boleh bersembang dengan dia. Dan aku  betul-betul berharap dia dapat maafkan segala kesalahan aku dekat dia dulu.  
Macam-macam lagi cerita masa program dan  tentang penghuni Baitul Mahabbah Al-Hashimi ni yang aku tak tau tapi mereka ni adalah golongan yang aku anggap terlalu istimewa dalam hidup aku. Mereka datang dari pelbagai tempat, pelbagai peringkat dan membawa pelbagai cerita yang berlainan, kemudian hidup dibawah 1 bumbung yang mengambil berat tentang kebajikan mereka. Alhamdulillah masih ada yang sudi menjaga mereka. Semoga dikekalkan dan dikembangkan pusat jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi ini

p/s-kalau kita berada dalam kesusahan, kita perlu ingat ada lagi yang lebih susah  dari kita. Kita perlu sedar dengan kesenangan yang kita miliki ni belum tentu membahagiakan kita, dan yang penting dalam hidup ini ialah isikan hati kita dengan iman dan takwa kepada Allah sepenuh-penuhnya kerana Allah adalah segala-galanya untuk kita. 

No comments:

Post a Comment