Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 18 March 2011

sahabat...

aku post kali ni sebab nak menerangkan keadaan yang sebenar sebab apa aku post demi MUTAWALI...
sebab aku rasa ada la orang yang terasa dengan post aku yang lepas... tak terniat atau terlintas dihati aku untuk mengondem sesiapa dalam post aku tu... tapi kita sebagai manusia yang telah dianugerahkan hati dan perasaan oleh Tuhan tetap akan terasa apabila dikaitkan dengan sesuatu walaupun dibibir kita ni masih mengukir senyuman dan berkata seperti tiada apa yang berlaku... 
bagi aku sebenarnya perkara ini tak kan ada masalah jika ianya dibincangkan terlebih dahulu... tapa dalam post aku yang lepas aku cuba menunjukkan rasa hormat kepada sahabat seperjuangan aku.. cuma aku hanya ingin menegur sedikit sahaja tentang janji yang orang lain rasa kecik tetapi bagi aku ianya terlalu besar... 
mungkin cara aku ni salah... mungkin dengan menjaja cerita basi kepada orang lain untuk meraih simpati yang menyebabkan sahabat2 aku terasa dengan aku tetapi itu bukan point sebenar aku...aku cuma ceritakan tentang pengalaman dan cuba berkongsi perasaan dengan orang lain sebab dalam seminggu tu aku dapat rasa perubahan dalam hidup aku hanya kerana seorang anak yatim... tapi dengan niat yang ikhlas... aku tegur sahabat2 aku tu kerana aku sangat sayangkan mereka... sebab aku percaya dalam hidup kita ni bukan sekali kita berurusan dengan orang... just nak sahabat2 aku sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, pertuturan dan percaturan yang mereka buat... kerana kadang-kadang kerana perkara yang kecil yang selalu disalah erti akan menjadi masalah besar dalam hidup kita.. tambah pulak dok simpan dalam hati... boleh rosak hidup... serius aku pernah rasa semua ni...
so aku harap dengan post aku nih sahabat2 aku boleh faham perasaan aku...
p/s-dengan akal dan perasaan yang dianugerahkan kepada kita sebagai manusia sepatutnya kita boleh menggunakannya dengan sebaik mungkin... semoga kita dilindungi dibawah naugan Yang Maha Esa kerana segala ketentuan hanya datang dariNYA....



No comments:

Post a Comment