Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 7 March 2011

aku, skuad bba 10/11 KUIN dan program anak2 yatim

dah lama aku x post apa2 dalam blog nih... terlalu sebok.. cerita aku kt page sebelah pon x leh nak update...
minggu ni tetiba ja geng skuad bba 10/11 KUIN buat mesyuarat tentang 1 program   lawatan ke pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi iaitu rumah anak2 yatim yang bertempat di kuala nerang yang diasaskan oleh ummi dan abah(nnt aku update nama sebenar)... aku tak pernah p lagi tempat tu.. tapi dari gambaran yang kawan2 aku bagi.. pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi ni adalah rumah jagaan anak-anak yatim dan juga untuk anak-anak orang susah... penghuni pusat jagaan ni dianggarkan dalam 70 orang.. pusat jagaan ini baru sangat ditubuhkan iaitu pada taun 2010..maknanya baru sangat la.. dari cerita kawan2 aku lagi.. pusat jagaan ini agak kurang dari segi infrastruktur binaan, sumber air yang tidak begitu diyakini kebersihannya, sumber rujukan dan buku yang terhad dan sumber kewangan yang terhad.. tetiba hati aku tersentuh bila mengenangkan nasib anak2 yatim kat sana... pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi ni jgk telah membuat 1 inisiatif menanam pokok cabai melaka dengan kaedah fertigasi untuk menyara anak2 yatim tersebut dimana anak2 yatim tu sendiri yang uruskan pokok2 cabai tu... bagi aku pusat jagaan ni memang mengajaq anak2 yatim kt sana untuk hidup berdikari walaupun dalam suasana yang serba kekurangan... bukan senang nak uruskan anak2 yatim yang ramai nih... memang aku respect la dekat pengasas pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi nih... yang special lg dan buat aku rasa nak p sana pada 19 aribulan 3 ni disebabkan seorang anak yatim... nama dia sama dengan aku.. mutawalli... dan kawan2 aku yang dah p sana decide untuk memilih budak tu menjadi adik angkat aku... fuhhh... tak pernah aku sangka yang aku akan jumpa orang yang sama nama dengan aku lepas tu aku diberi tanggungjawab untuk jaga dia... aku anggap semua ni ketentuan Allah untuk aku merasa dan berkongsi tentang sebuah kehidupan seorang anak yatim.. dan aku mula teringat tentang kehidupan awal junjungan besar Rasullullah kita dimana Rasullullah juga adalah anak yatim piatu. Baginda telah kehilangan Ayahnya ketika Baginda masih dalam kandungan ibunya dan pada usia 6 tahun pula ibu Baginda pula meninggal dunia...dan Rasullullah juga sangat sayangkan anak2 yatim... dan sabda Baginda Rasullullah S.A.W "barangsiapa mengusap kepala anak yatim hanya kerana Allah, baginya dalam setiap (helaian) rambut yang dilalui tangannya terdapat (dikira) kebajikan baginya".. begitu mulia kedudukan anak2 yatim disisi Allah... jadi untuk sahabat2 yang membaca post ni diharap memberi sokongan kepada program yang akan dijalankan oleh skuad bba 10/11 KUIN dengan memberi sumbangan sama ada dari segi kewangan dan tenaga dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana Allah...

p/s-aku rasa sangat2 bersyukur bila Allah anugerahkan aku dengan keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang aku... dan aku akan berusaha untuk membantu semampu mungkin dalam program ni.. semoga Allah merahmati dan permudahkan kerja yang sahabat2 aku rancangkan ni... ameen....
sila klik pada link ini untuk mengetahui dan melihat gambar tentang pusat jagaan baitul mahabbah al-hashimi
http://www.facebook.com/notes/syafique-moses/latar-belakang-program-lawatan-ke-rumah-anak-yatim/133253346745242

No comments:

Post a Comment